Laman Sesawang Rasmi PKAYIS - Darul Saadah telah selamat dirasmikan oleh Tuan Haji Salehuddin bin Hassan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan). Beliau yang pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat PKAYIS suatu ketika dahulu juga turut menyampaikan Hadiah Kecemerlangan SPM, PT3, UPSR dan Darjah Khas kepada anak-anak penghuni Darul Saadah. Untuk makluman, laman sesawang ini juga boleh diakses menggunakan telefon pintar.