> Elemen dua orang melambangkan 'KITA' iaitu Warga DARUL SAADAH
> Lambang orang bewarna biru membawa maksud ayahanda-ayahanda dan bonda-bonda (ahli jawatankuasa, staf, warden, ibu-ibu atau penjaga dan anggota masyarakat) yang dipertanggungjawab untuk memelihara anak-anak dengan penuh keikhlasan HATI.
> Lambang orang bewarna merah pula membawa maksud anak-anak yatim penghuni Darul Saadah dan juga yang berada di luar Darul Saadah.
> Gabungan kedua-dua lambang ini membentuk simbol HATI yang bermaksud perkongsian kasih sayang, kebahagiaan, kecintaan, hati nurani, ilmu dan nilai dalam etika merealisasikan moto MEMBANTU AKAN DIBANTU menjadi realiti.
> Warna Merah, Biru dan Putih adalah warna-warna yang terdapat dalam Bendera Negeri Johor. Bagi maksud pertubuhan ini:
  i.  Warna Merah melambangkan keberanian dan ketabahan.
  ii. Warna Biru melambangkan perpaduan ummah.
  iii. Warna Putih pada cogan kata pertubuhan "MEMBANTU AKAN DIBANTU" melambangkan khidmat yang ikhlas dan tidak sia-sia.
> iv.  Manakalan warna Kuning melambangkan negara Beraja.
   
Muat Turun Logo
Warna