Pada 17 Februari 1983 Mesyuarat Jawatankuasa Penaja yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah pada ketika itu Dato’ Hj. Muhamad Rashidi bin Mohamad Nor.

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Segamat (PKAYIS) telah ditubuhkan secara rasmi pada 15 Mei 1986 di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 1744/86 ( Johor ). Mula bergiat dengan membantu anak-anak yatim di sekolah-sekolah dengan meraikan mereka ini dalam majlis perjumpaan hari raya di peringkat Daerah Segamat.

Pada tahun 1991, PKAYIS menyewa sebuah rumah di No.41-B, Batu 1, Jalan Medoi, Kampung Jawa untuk menempatkan pelajar lelaki seramai 8 orang. Kemudian pada tahun 1994 ia telah berpindah  ke bangunan Kelab Melayu, Jalan Awang, Segamat dengan pelajar lelaki seramai 20 orang.

Pada tahun 1996. PKAYIS telah mendapat kurnia dari Kerajaan Negeri Johor untuk mendirikan bangunan di Lot PTD 1138 KM5, Jalan Muar dengan kos RM1,025,373.90 melalui sumbangan derma orang ramai. PKAYIS beroperasi di bangunan baru bermula pada 01 Januari 1997 dengan kemudahan untuk menampung pelajar seramai 100 orang. Dewan Makan dan Surau pula telah didirikan pada April 2002 .

Pada 5 Jun 2002 Pendaftar Pertubuhan  telah bersetuju menamakan kompleks pengurusan anak-anak yatim ini  dengan nama DARUL SAADAH setelah mendapat pandangan daripada  Mufti Kerajaan Johor.